Brain Success Solution


BRAIN SUCCESS SOLUTION

Pusat Latihan Lavender ini adalah di bawah syarikat Brain Success Solution. No pendaftaran syarikat 001598948-X. Syarikat ini telah beroperasi sejak 2006 dan telah berdaftar dengan kemeterian kewangan dan bertaraf bumiputera.

Pengasas syarikat ini adalah En.Zahisham Yusof yang juga merupakan tenaga pengajar tetap bagi pusat latihan ini. Beliau adalah pengasas kepada BelajarPHP.com. Zahisham Yusof bermula dengan menyediakan tutorial asas dalam bahasa melayu versi ebook dan merupakan pelopor Video Tutorial PHP & MySQL Bahasa Melayu Pertama. Pengasas telah melibatkan diri lebih dari 14 tahun dalam bidang pengaturcaraan komputer dengan mula mendapat pendidikan awal in Computer Science.Beliau  berkhidmat sebagai Software Engineer ( C, VB & PHP Programming ) dan juga  menjalankan perniagaan sepenuh masa di internet.

Pembukaan pusat latihan ini diharap dapat membantu pelajar atau orang perseorangan untuk belajar ilmu pengaturcaraan komputer, membuat sistem dan lain-lain dengan berkesan kerana pengasas pusat latihan ini sendiri yang akan membantu mereka yang perlukan ilmu tersebut.

Di samping itu juga dengan harapan pusat latihan ini dapat membantu anda diluar sana untuk membuat kursus, seminar anda sendiri dengan kadar yang mampu,kemudahan percuma dan persekitaran yang selesa . Sesuai dengan tagline kami iaitu

                                                      Now everyone can do training!!

No comments:

Post a Comment